Mengenai MX Nylon
Ciri-ciri
Bekas dan pembungkusan MX Nylon akan menyelesaikan masalah anda.
- Bahan penahan gas dan kalis bahan kimia yang tinggi
- MX Nylon mempunyai sifat penahan gas yang tinggi terhadap oksigen (O2) dan karbon dioksida (CO2) dan kalis bahan kimia yang tinggi.
- Bahan mesra alam
- MX Nylon yang mesra alam menyumbang kepada masyarakat lestari.
Aplikasi
Pembungkusan makanan / minuman
- Keperluan
- Memanjangkan jangka hayat dan mengekalkan rasa makanan dan minuman untuk masa yang lama
Penyelesaian
-
MX Nylon memanjangkan jangka hayat sebanyak 2.4 kali dengan sifat penahan gas yang tinggi
MX Nylon adalah bahan unik kami dengan sifat penahan gas yang tinggi.
Menggunakannya sebagai bahan pembungkusan makanan dan minuman akan mencegah kemerosotan rasa dan kualiti dan memanjangkan jangka hayat.
Contoh terbaik ialah botol PET berbilang lapis yang dihasilkan dengan menggabungkan MX Nylon dengan bahan PET.
Dibandingkan dengan botol PET konvensional, ia memanjangkan tempoh pengekalan CO2 sebanyak 2.4 kali.※1 PET: Polietilena tereftalat
Kes 1
-
Pembungkusan yang boleh memanjangkan jangka hayat makanan dan minuman
Ia juga membolehkan anda menyimpan makanan dan minuman dalam jangka masa yang lama dan bermanfaat bagi pengguna.
-
- <MX Nylon boleh digunakan untuk pembungkusan pelbagai makanan dan minuman>
- MX Nylon boleh digunakan bukan hanya untuk botol PET tetapi juga untuk bekas fleksibel (seperti filem dan kantung), bekas keras (seperti cawan dan dulang). Natijahnya, ia memanjangkan masa penyimpanan pelbagai produk makanan dan minuman, seperti teh dan air minuman sebagai tambahan kepada makanan yang dirawat dengan cara retort atau pensterilan didih.
-
- Botol PET (berbilang lapis, lapisan tunggal adunan)
-
Ia digunakan secara meluas sebagai botol PET untuk teh, minuman ringan berkarbonat, air minuman, bir dan wain untuk memanjangkan jangka hayatnya. Selain itu, ia membolehkan botol PET mengekalkan kualiti minuman dalam jangka masa yang lama, walaupun dalam persekitaran suhu dan kelembapan tinggi di mana sepatutnya kualiti akan merosot dengan cepat.
-
- Filem (berbilang lapis dengan PA ※2 / PO ※3 (PE ※4, PP ※5), PET diadun dengan PA)
-
Ia digunakan secara meluas dalam pembungkusan makanan yang mungkin mengubah rasa dan kualiti akibat pemanasan dan pengoksidaan. Apabila digabungkan dengan bahan produk konvensional, ia meningkatkan sifat penahan yang tinggi dan ketahanan terhadap retort dan pendidihan, menjadikan filem lebih sukar untuk koyak.
※2 PA: Poliamida, ※3 PO: Poliolefin, ※4 PE: Polietilena, ※5 PP: Polipropilena
-
- Bekas berbilang lapis PP
-
Bekas berbilang lapis yang menggabungkan MX Nylon dan PP digunakan secara meluas dalam pembungkusan makanan, seperti buah-buahan dan makanan haiwan kesayangan. Ia dapat membantu bekas untuk mengekalkan sifat penahan yang tinggi, walaupun selepas rawatan dengan retort atau pensterilan didih.
Kes 2
-
Botol PET yang mengekalkan rasa baik air minuman untuk jangka masa yang lebih lama
Penggunaan air miuman dalam botol PET terus meningkat di seluruh dunia.
Oleh kerana permintaan untuk botol PET terus meningkat di rumah dan juga di hotel dan restoran, permintaan untuk bekas yang mengekalkan rasa air minuman untuk waktu yang lama juga meningkat.
Botol PET yang diadun dengan MX Nylon memungkinkan untuk minum air yang enak dalam jangka masa yang lama.
Bekas botol PET kadang-kadang mengandungi sejumlah kecil asetaldehid (AA) dan formaldehid (FA), yang dikatakan merosakkan rasa air minuman jika ia bocor dan larut keluar dari bekas semakin masa berlalu.
Apabila 0.5% MX Nylon dicampurkan ke dalam bahan PET, ia mengurangkan AA sebanyak 23% dan FA ke tahap yang tidak dapat dikesan, maka ia akan mengekalkan rasa baik untuk waktu yang lama.
Kes 3
-
Botol PET ringan yang mesra alam dan memanjangkan jangka hayat
Botol PET ringan mempunyai banyak kelebihan, seperti pengurangan kos pengangkutan, plastik yang digunakan, dan pelepasan CO2 semasa pengangkutan.
Walau bagaimanapun, dengan hanya menjadikan botol lapisan tunggal PET lebih ringan, akan mengurangkan sifat penahan gas dan memendekkan jangka hayat.
MX Nylon menyelesaikan dilema seperti itu.
Botol adunan PET/MX Nylon lebih ringan sambil mengekalkan jangka hayat.
Botol berbilang lapis PET/MX Nylon lebih nipis dan ringan tetapi tetap memastikan jangka hayat yang lebih lama.
Pembungkusan untuk produk penjagaan diri dan bahan kimia
- Keperluan
- Pembungkusan yang lasak dan tahan lama; Bekas selamat untuk bahan kimia
Penyelesaian
-
MX Nylon dengan ketahanan kimia yang lebih tinggi menjadikan bekas tahan 4 kali lebih lama daripada bekas konvensional.
Apabila anda memilih plastik sebagai bahan untuk bekas, menggantikan kaca dan logam, anda pasti bimbang akan ketahanannya.
Dalam kes botol PET lapisan tunggal, bahan kimia di dalamnya boleh bocor dalam masa 3 bulan.
Mencampurkan dengan MX Nylon, membolehkan botol yang dapat menyimpan dengan selamat selama 12 bulan dihasilkan.
Kes 1
-
Pembungkusan yang sesuai untuk penyimpanan jangka panjang tanpa hakisan kimia atau pelepasan bau
Ia digunakan secara meluas sebagai bekas untuk bahan kimia, produk penjagaan diri, peluntur dan dakwat. Ia mencegah kebocoran kandungannya dengan menggunakan MX Nylon.
Dalam eksperimen menggunakan toluena yang sangat mudah meruap, botol PE yang dicampurkan dengan MX Nylon menghalang penembusan toluena lebih kurang 16 kali lebih banyak daripada botol PE tanpa MX Nylon.
Ia juga dapat melindungi dari bau yang tidak menyenangkan dan berbahaya dengan kemampuan penahan gasnya yang tinggi.Pelarut Kadar penghantaran (g/botol/hari) HDPE lapisan tunggal MX Nylon adunan Toluena 2.65 0.16 Xilena 1.96 0.14 Limonena 0.92 0.05
Ciri-ciri dan kegunaan pembungkusan
-
- Botol PET
- Botol PET untuk peluntur, dakwat, pembilas gigi dan minyak wangi memungkinkan untuk menyimpan mereka dalam jangka masa yang lama tanpa menjejaskan kualiti produk.
-
- Botol poliolefin
- Botol poliolefin untuk racun perosak, agrokimia dan pelarut organik memungkinkan untuk menyimpan mereka dalam jangka masa yang panjang melalui ketahanan kimianya yang tinggi.
-
- Filem
- Filem digunakan untuk pelbagai produk penjagaan diri untuk menjaga kualiti produk. Tambahan, ia menghalang penembusan bau.
Ciri-ciri fizikal
Item | Kaedah Ujian | Unit | MX Nylon | |
---|---|---|---|---|
Siri 6000 | Siri 7000 | |||
Takat lebur | ISO3146 | ℃ | 237 | 229 |
Suhu Peralihan Kaca | ℃ | 85 | 92 | |
Ketumpatan | ISO1183 | g/cm3 | 1.21 | 1.21 |
Penyerapan air | Kaedah MGC | % | 5.8 | 5.8 |
Kekuatan tegangan | ISO527-1 | MPa | 112 | 112 |
Modulus tegangan | GPa | 4.9 | 4.9 |
-
- Sifat Penahan Gas Unggul
- MX Nylon bukan sahaja mempunyai sifat penahan O2 yang sangat baik tetapi juga dapat berfungsi sebagai penahan gas lain seperti CO2. Sifat penahan juga sukar merosot di persekitaran dengan kelembapan tinggi. Khususnya, MX Nylon mempunyai penahan O2 tertinggi di antara semua poliamida komersil dan kebiasaannya digunakan untuk pembungkusan makanan dan minuman.
-
- Suhu Pemprosesan yang Sesuai untuk Pelbagai Aplikasi
- Takat lebur MX Nylon ialah 237 °C. Suhu pemprosesan MX Nylon sesuai dengan julat suhu untuk mencetak bahan lain. Ini bermakna anda boleh menggunakan MX Nylon dalam kombinasi dengan PET, PP atau PE untuk mencapai pengacuan suntikan bersama dan pengacuan penyemperitan bersama untuk menghasilkan bekas berlamina, dan kepingan pembungkusan.
Keselamatan dan Kebersihan
Gred standard MX Nylon mematuhi peraturan undang-undang keselamatan makanan berikut:
- Jepun
-
Lulus piawaian yang ditetapkan oleh Notis Kementerian Kebajikan No.370 dan disenaraikan dalam senarai positif untuk bahan bersentuhan makanan.
Mematuhi standard sukarela Majlis Keselamatan Polyolefin dan diluluskan oleh dan didaftarkan dengan Majlis.
Nombor Bahan Kimia sedia ada adalah 7-387 (poli m-xyleneadipamide).
- Amerika Syarikat
- Diluluskan seperti yang didaftarkan di bawah FDA 21CFR §177.1500, (b), (10.1), §177.1630, (e), (4) (v), §177.1390, (c), (1), (I), (e) dan FCN # 1841.
- EU
- Disenaraikan dalam Peraturan Suruhanjaya (EU) No 10/2011 sebagai monomer dalam Lampiran I.
- China
- GB 4806.6-2016
※ Nombor Pendaftaran CAS MX Nylon ialah 25718-70-1 (asid hexanedioic, polimer dengan 1,3-benzendimethanamine).
※ Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai status peraturan negara lain atau anda memerlukan lebih banyak maklumat, sila hubungi kami.
Ke Arah Kelestarian
-
Kesan terhadap persekitaran oleh sisa makanan, peningkatan penggunaan plastik, dan peningkatan pelepasan CO2 banyak diperkatakan dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Ke Arah Kelestarian menjadi buah mulut orang ramai kebelakangan ini, dan boleh dikatakan bahawa syarikat tidak dapat menjalankan perniagaannya tanpa memberi perhatian kepadanya. Kami mengekalkan komitmen jitu terhadap penggunaan dan pengeluaran yang bertanggungjawab, matlamat pembangunan yang lestari, ketika kami melibatkan diri dalam pembangunan bahan-bahan.
-
MX Nylon adalah bahan mesra alam.
Menggunakan MX Nylon dengan kebolehtelapan O2 dan CO2 yang rendah dalam pembungkusan makanan dan minuman akan menyebabkan pelanjutan jangka hayat dan pengurangan sisa makanan.
Selain itu, bekas yang menggunakan MX Nylon dapat dibuat ringan, yang akan mengurangi penggunaan plastik dan pelepasan CO2 ketika di dalam pengangkutan.
-
- Bekas lebih selamat dengan sifat penahan gas yang telah ditambah baik:
- Mencapai pengurangan kehilangan makanan dan sisa dengan jangka hayat yang lebih lama.
-
- Bekas lebih nipis yang masih mengekalkan sifat penahan gas:
- Mengurangkan penggunaan plastik.
-
- Bekas yang lebih ringan:
- Mengurangkan pelepasan CO2 dengan peningkatan kecekapan bahan bakar dalam pengangkutan.
MX Nylon, yang mesra alam,
membantu kelestarian masyarakat.